Friday 28 October 2011

SABARLAH HATI

Salam.....dah lama Miss Dya tak update blog...Sangat2 rindu sebenarnya nak tulis..Banyak sebenarnya Cerita yang nak dikongsi bersama.. Memandang waktu yang mencemburui,so tika da saat inilah Miss Dya akan  ceritakan  segala macam  cerita yang rasenyer boleh  kita sharing2 bersama..
Setiap orang pernah melalui peristiwa pahit dalam hidup masing2..Samada Sekali setahun,sekali sebulan atau sekali seumur hidup..Tak tahulah pulak kalau ada insan yang tak pernah  mengalami kenangan pahit dalam hidup dia..Sangat beruntung la kalau macam tue..bak kata orang sekarang nie.."UNTUNGLA"..hehehe....Susah sebenarnya untuk  terima hakikat kalau kitalah insan yang diberi ujian itu..Sangat2 perit..Sangat2 terpukul rasanya...Apatah lagi yang terkena Musibah itu adalah insan yang sangat penting dalam hidup kita..Sedangkan kita  sendiri tak sanggup nak hadapi ujian itu,inikan pula tuan yang empunya diri..Walaupun pada pandangan orang lain ia merupakan masalah biasa,tapi yang menangung akibatnya sahaja yang tahu peritnya dugaan yang di pikul...Musibah yang datang tidaklah kita ketahui bila,masa dan ketika...Apabila terjadi sesuatu yang kita tidak jangka ianya akan berlaku,perasaan yang pertama akan muncul adalah "MARAH".sangat2 marah,kecewa, perasaan benci, sakit hati n macam2..Bercampur semua jadi satu.Maka ketika itulah kita akan terfikir.. kenapa kita yang ALLAH pilih menerima ujian ini?Apa salah yang kita lakukan?Apa sebabnya?kenapa tak orang lain??kenapa? dan kenapa?
Soalan yang tiada jawapannya....Hanya DIA  sahaja yang mengerti

Bila difikir semula,apa yang terjadi pasti ada hikmah yang mugkin diberi ganjaran yang lebih baik dari yang sebelumnya..Sesuatu yang kita tidak akan dapat dengan sekelip mata..Hanya mampu berserah dan berdoa seadanya..Mungkin ALLAH mahu melihat sejauh mana kita mampu bertahan dengan sedikit ujian yang di beri..Kuatkah kita menempuh cubaan itu?
Ujian itulah sebenarnya yang membuka hati kita menjadi insan yang lebih dekat dengan Maha Penciptanya..lebih kenal Sang Pencipta..Lebih Besyukur dan beringat bukan kita sahaja yang di uji dengan pelbagai masalah..Dan bukan kita sorang yang ditimpa dengan bermacam musibah..setiap insan pasti ada bahagian masing2..Semoga apa yang terjadi akan menjadikan kita lebih matang dan kuat serta bersedia sekiranya terjadinya musibah yang lebih besar di kemudian hari..=)





No comments:

Post a Comment